Dec 16, 2010
Biar Bumi
Dikias bayu perlahan-lahan
Hembusannya tak ku hiraukan
Lalu ditampar angin taufan
Aku kaku terdiam
Terpana kebiruan
Rebahku disambut bumi
Tersungkur didakapi
Oh...Biarkan begini
Biar sampai malam nanti
Biar bumi saja yang mengerti
Hujan pun mula berirama
Menari-nari dipadang tandus
Membasahi diri
Andai hujan menyejukkan bumi
Biarkan hujan menyejukkan hati
Hembusannya tak ku hiraukan
Lalu ditampar angin taufan
Aku kaku terdiam
Terpana kebiruan
Rebahku disambut bumi
Tersungkur didakapi
Oh...Biarkan begini
Biar sampai malam nanti
Biar bumi saja yang mengerti
Hujan pun mula berirama
Menari-nari dipadang tandus
Membasahi diri
Andai hujan menyejukkan bumi
Biarkan hujan menyejukkan hati
September
Kini September tiba lagi
Bagai sesaat dalam sehari
Terasa kelmarin masih Januari
Permulaan bagi cereka ini
Cereka berhujung sepi
Berlegar-legar mimpi semalam
Impian hancur dalam genggaman
Debu-debu berterbangan
Bagai jerebu memadam jalan
Oh... Aku hilang penglihatan
Terkapai ku diam
Terkilan ku telan
Sebak kan ku hadam
Bagai sesaat dalam sehari
Terasa kelmarin masih Januari
Permulaan bagi cereka ini
Cereka berhujung sepi
Berlegar-legar mimpi semalam
Impian hancur dalam genggaman
Debu-debu berterbangan
Bagai jerebu memadam jalan
Oh... Aku hilang penglihatan
Terkapai ku diam
Terkilan ku telan
Sebak kan ku hadam
Santapan dalam kelenaan
Dec 14, 2010
Siapakah Dia
Siapakah dia
Watak utama dalam mimpi
Muncul hanya sesekali
Seakan ku kenali
Puas ku tenung
Namun masih termanggu
Hadirnya misteri
Ingin ku ketahui
Ingin ku mengerti
Walau hanya mainan semalam
Walau tidak tersimpan makna
Terbukakah hijab ini ?
Watak utama dalam mimpi
Muncul hanya sesekali
Seakan ku kenali
Puas ku tenung
Namun masih termanggu
Hadirnya misteri
Ingin ku ketahui
Ingin ku mengerti
Walau hanya mainan semalam
Walau tidak tersimpan makna
Terbukakah hijab ini ?
Nov 26, 2010
Dengan Namamu
Bertatihlah mengejar rindu
Cahaya kemilau
Diidam jiwa nan tandus
Gersang sang pawana
Terbawa duka
Bergelimpangan rasa-rasa dunia
Jauh ditinggalkan
Oleh langkah-langkah searah
Mencari taman seindah
Jauh dibalik mata
Hanya dengan namamu
Melebarlah kasih sayang
Lautan kusut bisa tenang
Fikiran berombak kan jua hilang
Cahaya kemilau
Diidam jiwa nan tandus
Gersang sang pawana
Terbawa duka
Bergelimpangan rasa-rasa dunia
Jauh ditinggalkan
Oleh langkah-langkah searah
Mencari taman seindah
Jauh dibalik mata
Hanya dengan namamu
Melebarlah kasih sayang
Lautan kusut bisa tenang
Fikiran berombak kan jua hilang
Cerah akhirnya datang
Nov 20, 2010
Ana
Rayuan demi rayuan
Ku titipkan
Ku bisikkan
Dari niat kudus
Dari hati tulus
Kau pasti mengetahui
Perjalanan cinta
Direntangi halangan
Satu persatu dugaan mendatang
Hanya dengan hati yang tenang
Ketabahan dan kekentalan
Kesabaran haruslah bertunjang keimanan
Walau
Sebesar zarah pun harapan
Akan ku nantikan
Kerna itu adalah pencerahan
Ku titipkan
Ku bisikkan
Dari niat kudus
Dari hati tulus
Kau pasti mengetahui
Perjalanan cinta
Direntangi halangan
Satu persatu dugaan mendatang
Hanya dengan hati yang tenang
Ketabahan dan kekentalan
Kesabaran haruslah bertunjang keimanan
Walau
Sebesar zarah pun harapan
Akan ku nantikan
Kerna itu adalah pencerahan
Bagi duniaku yang kegelapan
Nov 16, 2010
Menyerah Diri
Hamba menyerah diri
Atas segala kekhilafan
Selama nafas ini dihela
Moga terhenti bukan bersama dosa
Hamba menyerah diri
Menadah segala hukuman
Walau dihempas dalam derita
Kerana balasan bagi saat terleka
Terimalah penyerahan
Dari benak penuh penyesalan
Keampunan bagi dosa silam
Ya Rahman ...
Ya Rahim ...
Atas segala kekhilafan
Selama nafas ini dihela
Moga terhenti bukan bersama dosa
Hamba menyerah diri
Menadah segala hukuman
Walau dihempas dalam derita
Kerana balasan bagi saat terleka
Terimalah penyerahan
Dari benak penuh penyesalan
Keampunan bagi dosa silam
Ya Rahman ...
Ya Rahim ...
Ya Ghaffar ...
Lelaki Gelandangan
Usah takut
Aku bukannya peragut
Bukan jua manusia mengugut
Aku lelaki gelandangan
Mencari teduh dingin malam
Izinkanlah aku
Cukuplah sekadar
Dikaki lima ini
Aku bersandar
Membelunjurkan kaki
Agar hilang lelah tadi
Cahaya benderang
Dari tingkapmu
Sudah menghangatkan dada
Biarpun sekejap saja
Sesudah subuh
Aku kan berangkat
Melangkah tanpa arah
Yang pastinya jauh
Dan berhenti bila penat
Aku bukannya peragut
Bukan jua manusia mengugut
Aku lelaki gelandangan
Mencari teduh dingin malam
Izinkanlah aku
Cukuplah sekadar
Dikaki lima ini
Aku bersandar
Membelunjurkan kaki
Agar hilang lelah tadi
Cahaya benderang
Dari tingkapmu
Sudah menghangatkan dada
Biarpun sekejap saja
Sesudah subuh
Aku kan berangkat
Melangkah tanpa arah
Yang pastinya jauh
Dan berhenti bila penat
Terima kasih atas kasih
Nov 12, 2010
Bila Bulan
Bila bulan menyimbah bumi
Akan ku lari sembunyikan diri
Bukan gentar pada peri
Bukan gugup pada seri
Biar bulan menyimbah bumi
Cahya meliputi malam seisi
Akan ku intai dari sepi
Takkan sekalipun ku zahirkan diri
Biar bulan sendiri
Hanya pungguk bisa merindui
Kerna aku hanya sang pemimpi
Akan ku lari sembunyikan diri
Bukan gentar pada peri
Bukan gugup pada seri
Biar bulan menyimbah bumi
Cahya meliputi malam seisi
Akan ku intai dari sepi
Takkan sekalipun ku zahirkan diri
Biar bulan sendiri
Hanya pungguk bisa merindui
Kerna aku hanya sang pemimpi
Nov 10, 2010
Delusion Angel
Delusion Angel
Daydream delusion,
limousine eyelash,
oh, baby with your pretty face,
drop a tear in my wineglass,
look at those big eyes,
see what you mean to me,
sweet cakes and milkshakes,
I am a delusioned angel,
I am a fantasy parade,
I want you to know what I think,
dont want you to guess anymore,
you have no idea where I came from,
we have no idea where we're going,
launched in life,
like branches in the river,
flowing downstream,
caught in the current,
I'll carry you, you'll carry me,
that's how it could be,
don't you know me?
don't you know me by now?
p/s : The street poet played by Dominik Castell is my inspirational. From a word he can create a poem. The poem was written by David Jewell.
Nov 3, 2010
Selamat Pagi Cinta
::.. kredit kpd penulis puisi ini. marvelous ..::
Ke kiri ku buntu
Ke hutan ku hilang
Ke timur ku kosong
Aku terus bosan dan tertekan
Seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
Jauh ke dasar kerak bumi yang belum diterokai
Warnaku rindu
Jiwaku biru
Menunggu cintaku
Umpama si buta yang melihat syurga
Umpama lampu yang berbunyi hitam
Lalu menunggu aku terus
Kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari
Dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
Seperti mahu saja aku mengejar
Gunung yang besarnya tidak terdakap
Seperti itu jugalah rindu aku pada ...
Kini harus aku terus menunggu
Atau hilang saja aku dilautan luas
Oct 30, 2010
Askar Kerdil
Ku perasapkan minda yang karat
Moga luntur segala terlekat
Ku nyalakan cahaya hati malap
Semoga ilmu dapat meresap
Menebal didada
Agar nafas tak tersekat
Ambang yuda makin dekat
Di antara barisan bala tentera
Aku bukan sang panglima
Terjunjung arahan dijemala
Jauh sekali pembawa panji naga
Mengibar tanda mara
Akanku
Lontarkan kekuatan sampai hujung
Bukan berlagak bodoh sombong
Atau ingin diri disanjung
Hanya aku mahukan nyatakan
Kehadiranku bukan kosong
Ku hembus kalimah keramat
Agar langkah penuh berkat
Moga luntur segala terlekat
Ku nyalakan cahaya hati malap
Semoga ilmu dapat meresap
Menebal didada
Agar nafas tak tersekat
Ambang yuda makin dekat
Di antara barisan bala tentera
Aku bukan sang panglima
Terjunjung arahan dijemala
Jauh sekali pembawa panji naga
Mengibar tanda mara
Akanku
Lontarkan kekuatan sampai hujung
Bukan berlagak bodoh sombong
Atau ingin diri disanjung
Hanya aku mahukan nyatakan
Kehadiranku bukan kosong
Ku hembus kalimah keramat
Agar langkah penuh berkat
Oct 27, 2010
Masih
Aku masih ingin mengenalimu
Walau kau diam membisu
Tanpa sebab ku tahu
Aku keliru
Aku masih ingin mengenalimu
Salahkah niatku
Resahkah dihatimu
Ucapkan sesuatu
Luluhkan hijab itu
Aku masih ingin mengenalimu
Biarpun dari jauh tetap ku mahu
Tidak terlepas walaupun satu
Kerna ku mahu kau tahu
Walau kau diam membisu
Tanpa sebab ku tahu
Aku keliru
Aku masih ingin mengenalimu
Salahkah niatku
Resahkah dihatimu
Ucapkan sesuatu
Luluhkan hijab itu
Aku masih ingin mengenalimu
Biarpun dari jauh tetap ku mahu
Tidak terlepas walaupun satu
Kerna ku mahu kau tahu
Antara Kau dan Aku
Antara kau dan aku
Di situ ada Dia
Di dalam Dia
Ada kita ada segala
Antara kau dan aku
Dialah penyambungnya
Pemilik hak cinta
Tanpa Dia siapalah kita
Tanpa kita Dia tetap Dia
Antara kau dan aku
Telah lama ku iktikadkan
Keredhaan padaNya
Sebelum kenangan berjalan
Kerna bila segala terhenti
Ku kan sedari
Kau tak termiliki ...
Dengan restu dan rahmatNya
Mogakan bersua ...
Lagi ...
Di situ ada Dia
Di dalam Dia
Ada kita ada segala
Antara kau dan aku
Dialah penyambungnya
Pemilik hak cinta
Tanpa Dia siapalah kita
Tanpa kita Dia tetap Dia
Antara kau dan aku
Telah lama ku iktikadkan
Keredhaan padaNya
Sebelum kenangan berjalan
Kerna bila segala terhenti
Ku kan sedari
Kau tak termiliki ...
Dengan restu dan rahmatNya
Mogakan bersua ...
Lagi ...
Sep 27, 2010
Kosong
Sebuah potret kosong terdampar di sudut kelam. Kusam. Berhabuk. Telah lama ku perhatikan ia disitu. Sejak mula aku mengenali tuan punyanya. Dengan keizinan aku lakarkan sesuatu. Aku bukan sasterwan negara. Hanya insan biasa terlahir dengan bakat tak seberapa. Ku warnakannya hijau muda. Agar nampak lebih bertenaga. Sesegar dedaun di luar sana agar rumah itu akan berseri juga. Ku tambahkan lagi beberapa potret berwarna biru dan ungu. Agar menjadi tenang dan menyejukkan mata memandang. Tersenyum. Segaris senyuman terbit di wajah tuan empunya. Indah. Cantik. Ibarat bulan yang tersenyum. Takkan mampu ku lupakan senyuman itu.
Hadirnya aku cuma seketika. Lakaran sudah tinggal nama. Tiba masa aku perlu melangkah walaupun hati gelisah. Aku berlalu pergi. Tapi ingatan tetap masih disini. Aku pergi dengan tangan kosong. Segala potret - potret itu tidak akan aku ambil semula. Takkan ku musnahkan keindahan itu. Biarlah ia disana. Di sudut itu tergantung walau tak berpengunjung .
Hadirnya aku cuma seketika. Lakaran sudah tinggal nama. Tiba masa aku perlu melangkah walaupun hati gelisah. Aku berlalu pergi. Tapi ingatan tetap masih disini. Aku pergi dengan tangan kosong. Segala potret - potret itu tidak akan aku ambil semula. Takkan ku musnahkan keindahan itu. Biarlah ia disana. Di sudut itu tergantung walau tak berpengunjung .
Sep 15, 2010
Mentari Dua Sisi
Aku hanya bermimpi
Untuk merasakan mentari dari dua sisi
Sedangkan ia takkan terjadi
Pada ketika ini
Hangat mentari
Menyinari separuh sisiku
Menyuburkan bebunga
Agar mekar kuntum
Memberi nafas pada serangga
Kedengaran lagu mendayu
Bergembiralah ia
Sedangkan sisi yang terhindar
Gersang dan tandus
Dingin sepi kelam
Bagaikan sentiasa berkelubung malam
Dambakan
Cinta yang pernah wujud
Dulu...
Bukannya ingin memaksa
Agar dirimu melimpahkan cahaya cinta
Pada sisi ini
Tapi berikan peluang
Untuk aku tunjukkan perbezaan
Agar kau tahu
Betapa kuatnya cintaku bercahaya
Kata kataku bukan gurauan
Meskipun tersenyum aku bertegas
Kerna
Ia adalah sumpah yang dipertahankan
Untuk merasakan mentari dari dua sisi
Sedangkan ia takkan terjadi
Pada ketika ini
Hangat mentari
Menyinari separuh sisiku
Menyuburkan bebunga
Agar mekar kuntum
Memberi nafas pada serangga
Kedengaran lagu mendayu
Bergembiralah ia
Sedangkan sisi yang terhindar
Gersang dan tandus
Dingin sepi kelam
Bagaikan sentiasa berkelubung malam
Dambakan
Cinta yang pernah wujud
Dulu...
Bukannya ingin memaksa
Agar dirimu melimpahkan cahaya cinta
Pada sisi ini
Tapi berikan peluang
Untuk aku tunjukkan perbezaan
Agar kau tahu
Betapa kuatnya cintaku bercahaya
Kata kataku bukan gurauan
Meskipun tersenyum aku bertegas
Kerna
Ia adalah sumpah yang dipertahankan
Sep 13, 2010
Dengan
Dengan Basmallah ku mulakan langkah
Agar tidak terpesong arah
Dengan mata aku melihat
Pentas dunia begitu hebat
Dengan telinga aku mendengar
Beralun suara-suara gemersik
Dengan hidung ku mencium
Sesegar hijau berbau harum
Dengan tangan aku menyentuh
Segala kejadian tercipta utuh
Dengan lidah ku mengucap kata
Syukur atas pemberianNya
Dengan niat seikhlas hatiku
Jalan cintaku menjulang kepadaMu
Agar tidak terpesong arah
Dengan mata aku melihat
Pentas dunia begitu hebat
Dengan telinga aku mendengar
Beralun suara-suara gemersik
Dengan hidung ku mencium
Sesegar hijau berbau harum
Dengan tangan aku menyentuh
Segala kejadian tercipta utuh
Dengan lidah ku mengucap kata
Syukur atas pemberianNya
Dengan niat seikhlas hatiku
Jalan cintaku menjulang kepadaMu
Sep 5, 2010
Diuji Rindu
Aku diuji dengan rindu
Bukan peluru
Yang kelihatan lukanya
Yang terasa sakitnya
Menembusi daging dan uratku
Aku diuji dengan rindu
Sesaat pun tak berdaya
Menghalang bayangan menjelma
Melintas kotak minda
Gelisah ku rasa
Aku teruji dengan rindu
KurniaanMu
Bukan peluru
Yang kelihatan lukanya
Yang terasa sakitnya
Menembusi daging dan uratku
Aku diuji dengan rindu
Sesaat pun tak berdaya
Menghalang bayangan menjelma
Melintas kotak minda
Gelisah ku rasa
Aku teruji dengan rindu
KurniaanMu
Sep 2, 2010
Walang
Hati ini walang
Menanti saat itu datang
Bergetar seluruh nadi
Menderu setiap inci
Rasa rasa tak pasti
Berdiri
Si Lanang
Di pintu masyghul
Di ambang suralaya
Manakah mahumu
Apakah keputusanmu
Jangan biarkan ia berlalu
Jangan hanya merasa
Membiarkan ia binasa
Jangan hanya menunggu .... lagi
Menanti saat itu datang
Bergetar seluruh nadi
Menderu setiap inci
Rasa rasa tak pasti
Berdiri
Si Lanang
Di pintu masyghul
Di ambang suralaya
Manakah mahumu
Apakah keputusanmu
Jangan biarkan ia berlalu
Jangan hanya merasa
Membiarkan ia binasa
Jangan hanya menunggu .... lagi
Aug 19, 2010
Segalanya KepadaNya
Segalanya kepadaNya
Ku panjatkan doa
Dari sudut paling dalam
Tika siang atau malam
Harap diperkenan
Dimakbulkan
Ku jalin doa-doa permintaan
Dengan bebenang Zikrullah
Pujian-pujian hak
Bergema alunan
Menenangkan
Ku pohon bersama
Keampunan
Di atas khilafku
Kealpaanku
Kuatkan keimanan
Tanamkan kesabaran
Titipkan kebahagiaan
Berikan perlindungan
Untuk aku , dia dan mereka
Dengan niat utuh
Walau hasratku jauh
Tikaku lemah tak mampu
Kaulah naunganku
Segalanya kepadaMu
Ku panjatkan doa
Dari sudut paling dalam
Tika siang atau malam
Harap diperkenan
Dimakbulkan
Ku jalin doa-doa permintaan
Dengan bebenang Zikrullah
Pujian-pujian hak
Bergema alunan
Menenangkan
Ku pohon bersama
Keampunan
Di atas khilafku
Kealpaanku
Kuatkan keimanan
Tanamkan kesabaran
Titipkan kebahagiaan
Berikan perlindungan
Untuk aku , dia dan mereka
Dengan niat utuh
Walau hasratku jauh
Tikaku lemah tak mampu
Kaulah naunganku
Segalanya kepadaMu
Aug 15, 2010
Genggam
Bertegas pada hasrat
Berpaut pada harapan
Mencari cinta tersirat
Meskipun ku hamparkan pengorbanan
Andai itulah jalan
Terselit belati tajam
Dalam sayap cinta
Memberi naungan yang ku idam
Kadang menusuk mengukir luka
Luluh dalam mesra
Dalam genggamanNya ku abadikan
Takdir diri ku serahkan
Di mana terhenti
Takku peduli
Selagi masih memberi erti
Hidup ini akan ku jalani
Berpaut pada harapan
Mencari cinta tersirat
Meskipun ku hamparkan pengorbanan
Andai itulah jalan
Terselit belati tajam
Dalam sayap cinta
Memberi naungan yang ku idam
Kadang menusuk mengukir luka
Luluh dalam mesra
Dalam genggamanNya ku abadikan
Takdir diri ku serahkan
Di mana terhenti
Takku peduli
Selagi masih memberi erti
Hidup ini akan ku jalani
Aug 6, 2010
Gelitar
Malam sepi tak berirama
Tiada apa yang menghiasi
Sabitah hilang
Langit kelam
Mampukah ku beradu
Dalam hawa edan
Dengan jiwa rentan
Mungkin esok
Ada pengharapan
Siang
Cerahnya tetap sama
Menyinari ruang maya
Tapi hati masih berkabut
Rindu masih bertaut
Siang atau malam
Bukan penyebab ku bungkam
Bukan pencetus gelitar
Namun kerna
Sapaan yang hilang
Keresahan terpendam
Terkunci tanpa kesabaran
Tiada apa yang menghiasi
Sabitah hilang
Langit kelam
Mampukah ku beradu
Dalam hawa edan
Dengan jiwa rentan
Mungkin esok
Ada pengharapan
Siang
Cerahnya tetap sama
Menyinari ruang maya
Tapi hati masih berkabut
Rindu masih bertaut
Siang atau malam
Bukan penyebab ku bungkam
Bukan pencetus gelitar
Namun kerna
Sapaan yang hilang
Keresahan terpendam
Terkunci tanpa kesabaran
Jul 30, 2010
Lupakan Diri
Ini yang terakhir
Ku lafaz kasih sayang dan cinta
Kerna ingin berlalu seketika
Atas tugasan direka
Untuk melayari rasa
Untuk melara luka
Berlalu menyendiri hanya hati
Jasadku masih disini
Tertutuplah pintu
Terkuncilah hati
Biarkan kelam
Biarkan sepi
Di alam mimpi ku peluk bayangan
Agar mengubati kehilangan
Yang tak tertahankan
Sepi penawar sepi
Malam tak beri erti
Siang tak sama lagi
Realiti atau fantasi
Aku lupakan diri
Pada erti yang ku fahami
Ku lafaz kasih sayang dan cinta
Kerna ingin berlalu seketika
Atas tugasan direka
Untuk melayari rasa
Untuk melara luka
Berlalu menyendiri hanya hati
Jasadku masih disini
Tertutuplah pintu
Terkuncilah hati
Biarkan kelam
Biarkan sepi
Di alam mimpi ku peluk bayangan
Agar mengubati kehilangan
Yang tak tertahankan
Sepi penawar sepi
Malam tak beri erti
Siang tak sama lagi
Realiti atau fantasi
Aku lupakan diri
Pada erti yang ku fahami
Luka Atas Luka
Luka atas luka
Bertambah jua
Belum terubat
Makin sarat
Belum kuat
Nafas Sekerat
Dugaan bertalu-talu
Beribu-ribu
Hujan sembilu
Tembusi hati
Takkan mati
Siksa diwarisi
Luka atas luka
Takkan nampak
Hanya dirasa
Berkali ganda
Dari biasa
Bertambah jua
Belum terubat
Makin sarat
Belum kuat
Nafas Sekerat
Dugaan bertalu-talu
Beribu-ribu
Hujan sembilu
Tembusi hati
Takkan mati
Siksa diwarisi
Luka atas luka
Takkan nampak
Hanya dirasa
Berkali ganda
Dari biasa
Sehari
Selamat pagi
Lenakah semalam
Atau dihambat igauan
Bertenang
Bangkitlah dengan senyuman
Mimpi hanya mainan
Usah gusar bukan bukan
Pagi mulai cerah
Mulakan hari indah
Selamat tengahari
Bagaimana lakumu
Rindukan ku ??
Ku jua selalu begitu
Tak pernah terdetik waktu
Melupakan senyumanmu
Mekar penawar kalbu
Selamat malam
Bagaimana harimu
Ku harap kau gembira
Menikmati bahagia
Melebih rasa yang nyata
Tidurlah
Pejamkanlah mata
Esok kan ku ulang semula
Itulah janjiku pada cinta
Selamat tinggal
Ucapan ku buat pengakhiran
Aku pergi bukan hilang
Hanya mendahuluimu
Usah diratap sayu
Ku tak mahu
Kirim saja doa aman
Agar tenang
Lenakah semalam
Atau dihambat igauan
Bertenang
Bangkitlah dengan senyuman
Mimpi hanya mainan
Usah gusar bukan bukan
Pagi mulai cerah
Mulakan hari indah
Selamat tengahari
Bagaimana lakumu
Rindukan ku ??
Ku jua selalu begitu
Tak pernah terdetik waktu
Melupakan senyumanmu
Mekar penawar kalbu
Selamat malam
Bagaimana harimu
Ku harap kau gembira
Menikmati bahagia
Melebih rasa yang nyata
Tidurlah
Pejamkanlah mata
Esok kan ku ulang semula
Itulah janjiku pada cinta
Selamat tinggal
Ucapan ku buat pengakhiran
Aku pergi bukan hilang
Hanya mendahuluimu
Usah diratap sayu
Ku tak mahu
Kirim saja doa aman
Agar tenang
Jul 29, 2010
Tulus
Aku
Sang lanang sepi
Emangnya mustahil
Mengimpikan cinta indah nian
Karna ia nggak bisa terjadi
Tapi jantung ini terus berdetap lagi
Selamanya menyintamu
Walaupun yang tersisa hanya sebentuk hati
Walaupun dirimu telah dimiliki
Oleh sang pria itu
Yang bisa mewarnai hari harimu
Yang bisa menyatakan makna lebih dari cintaku
Namun aku tetap pemujamu
Tetap menyinta
Andainya
Bagimu aku tak mampu
Tak mungkin sejalan
Tak mungkin bersamamu
Berlarilah dan terbang
Mencari mimpi yang kau impikan
Bahagia yang kau harapkan
Tapi
Suatu hari nanti
Pabila kau sedar yang hanya
Setulus hati paling berharga
Kembalilah
Carilah
Yang menyinta
Segenap ruangmu
Seseorang sepertiku
Dulu...
Sang lanang sepi
Emangnya mustahil
Mengimpikan cinta indah nian
Karna ia nggak bisa terjadi
Tapi jantung ini terus berdetap lagi
Selamanya menyintamu
Walaupun yang tersisa hanya sebentuk hati
Walaupun dirimu telah dimiliki
Oleh sang pria itu
Yang bisa mewarnai hari harimu
Yang bisa menyatakan makna lebih dari cintaku
Namun aku tetap pemujamu
Tetap menyinta
Andainya
Bagimu aku tak mampu
Tak mungkin sejalan
Tak mungkin bersamamu
Berlarilah dan terbang
Mencari mimpi yang kau impikan
Bahagia yang kau harapkan
Tapi
Suatu hari nanti
Pabila kau sedar yang hanya
Setulus hati paling berharga
Kembalilah
Carilah
Yang menyinta
Segenap ruangmu
Seseorang sepertiku
Dulu...
May 30, 2010
Mataku
Usah dipandang ke mataku
Ia tak bisa menipu
Memantulkan rahsia hati
Tersimpan sehingga kini
Jangan ditenung lama lama
Aku tak mampu meyembunyikannya
Segala rasa yang terlena
Ku ulik pujuk dengan masa
Agar tenteram sentiasa
Dari bergolak merana
Mata bertentang
Hati bergoncang
Debar debar si jantung
Merayu agar dibebaskan siksa itu
Dari terus terkurung
Jadi ruang murung
Mataku
Linangan itu bergenang
Biarkan tangan menyapunya
Itu yang termampu
Dari terus kering di pipi
Berulang dan lagi
Ia tak bisa menipu
Memantulkan rahsia hati
Tersimpan sehingga kini
Jangan ditenung lama lama
Aku tak mampu meyembunyikannya
Segala rasa yang terlena
Ku ulik pujuk dengan masa
Agar tenteram sentiasa
Dari bergolak merana
Mata bertentang
Hati bergoncang
Debar debar si jantung
Merayu agar dibebaskan siksa itu
Dari terus terkurung
Jadi ruang murung
Mataku
Linangan itu bergenang
Biarkan tangan menyapunya
Itu yang termampu
Dari terus kering di pipi
Berulang dan lagi
May 29, 2010
Seribu Kali
Seribu kali
Adakah memadai
Untaian rasa
Bertaut satu persatu
Melingkari dunia hati
Aku mencintai segenap ruang
Mengagumi rendangnya redup
Membuatku edan dalam rindu
Perbezaan dan persamaan
Dihayati dalam tenang
Walau masa melintang jalan
Terbit suria ku nantikan
Hadir purnama akan ku temani
Iringan salam sejahtera
Di antara dua waktu
Agar terisi sela sepi
Cinta itu luhur
Akan ku bawa
Berlari lari
Mengejarnya
Andai ku rebah sendiri atau kerna
Tetap ku bangun lagi
Mengenggam kuntum ini
Adakah memadai
Untaian rasa
Bertaut satu persatu
Melingkari dunia hati
Aku mencintai segenap ruang
Mengagumi rendangnya redup
Membuatku edan dalam rindu
Perbezaan dan persamaan
Dihayati dalam tenang
Walau masa melintang jalan
Terbit suria ku nantikan
Hadir purnama akan ku temani
Iringan salam sejahtera
Di antara dua waktu
Agar terisi sela sepi
Cinta itu luhur
Akan ku bawa
Berlari lari
Mengejarnya
Andai ku rebah sendiri atau kerna
Tetap ku bangun lagi
Mengenggam kuntum ini
May 22, 2010
Hukuman
Kamu
Tahanan 1549
Disabitkan dengan kesalahan
Mengunjurkan perasaan
Melebihi jangkauan
Terbitkah penyesalan
Yang Arif
Biarlah jiwa meronta
Merindu tanpa kata
Jika lakunya lebih bahagia
Tanpa mengetahui apa-apa
Tentang duka dan hiba
Sang Algojo
Siapkan pentasmu
Persiapkan alatanmu
Seorang insan bakal rebah lagi
Rebah di pintu itu
Seperti mereka terdahulu
Tahanan 1549
Kelihatan tenang
Namun sesekali terbias langkahnya
Hilang gagah beransur parah
Tak bermaya
Lemah kerana pasrah
Algojo datang menghampiri
Membisikkan sesuatu
Usah gentar si lanang
Bukan jasadmu dipenggal
Hanya rindumu ku pancung
Agar hilang dan terbuang
Ku tinggalkan akar buatmu
Biar tumbuh tunas baru
Menghiasi taman layu
Tahanan 1549
Disabitkan dengan kesalahan
Mengunjurkan perasaan
Melebihi jangkauan
Terbitkah penyesalan
Yang Arif
Biarlah jiwa meronta
Merindu tanpa kata
Jika lakunya lebih bahagia
Tanpa mengetahui apa-apa
Tentang duka dan hiba
Sang Algojo
Siapkan pentasmu
Persiapkan alatanmu
Seorang insan bakal rebah lagi
Rebah di pintu itu
Seperti mereka terdahulu
Tahanan 1549
Kelihatan tenang
Namun sesekali terbias langkahnya
Hilang gagah beransur parah
Tak bermaya
Lemah kerana pasrah
Algojo datang menghampiri
Membisikkan sesuatu
Usah gentar si lanang
Bukan jasadmu dipenggal
Hanya rindumu ku pancung
Agar hilang dan terbuang
Ku tinggalkan akar buatmu
Biar tumbuh tunas baru
Menghiasi taman layu
May 7, 2010
Tahanan 1549
Tahanan 1549
Sila kemukakan rayuan
Atau kamu akan dihumban
Ke penjara sepi tanpa cahaya
Kusam kelam penuh derita
Tahanan 1549
Tiada peguam untuk pembelaan
Bentangkan hujah-hujahmu
Berakar pada kejujuran
Keikhlasan yang dalam
Biarkan mata bertegas
Lembutkan gerak balas
Tenang beralas
Yang Arif
Salahkah merindui dia
Tanpa melaung-laungkan rasa
Hanya bergema dalam dada
Menyelusuri rongga jiwa
Bernoktah tanpa madah pujangga
Yang Arif
Degup jantung ini berbisik
Sayup-sayup gemersik
Berombak di dasar tasik hati
Saat dia melewati pintu duniaku
Walau nadi tak berhenti
Minda kaku
Hey kamu
Yang dibicarakan
Apakah sudah yakin
Dengan niat dan tujuan
Ianya sehaluan
Padah menanti tersalah jangkauan
Pihak Pendakwaraya
Inginkah bersuara
Menarik balik segala tuduhan
Atau teruskan tanpa perasaan
Juri-juri mulakan pertikaman
Mencari penyelesaian
Untuk tahanan 1549
Jauh di sudut kamar
Sang algojo tersenyum
Tawar tak melebar
Sila kemukakan rayuan
Atau kamu akan dihumban
Ke penjara sepi tanpa cahaya
Kusam kelam penuh derita
Tahanan 1549
Tiada peguam untuk pembelaan
Bentangkan hujah-hujahmu
Berakar pada kejujuran
Keikhlasan yang dalam
Biarkan mata bertegas
Lembutkan gerak balas
Tenang beralas
Yang Arif
Salahkah merindui dia
Tanpa melaung-laungkan rasa
Hanya bergema dalam dada
Menyelusuri rongga jiwa
Bernoktah tanpa madah pujangga
Yang Arif
Degup jantung ini berbisik
Sayup-sayup gemersik
Berombak di dasar tasik hati
Saat dia melewati pintu duniaku
Walau nadi tak berhenti
Minda kaku
Hey kamu
Yang dibicarakan
Apakah sudah yakin
Dengan niat dan tujuan
Ianya sehaluan
Padah menanti tersalah jangkauan
Pihak Pendakwaraya
Inginkah bersuara
Menarik balik segala tuduhan
Atau teruskan tanpa perasaan
Juri-juri mulakan pertikaman
Mencari penyelesaian
Untuk tahanan 1549
Jauh di sudut kamar
Sang algojo tersenyum
Tawar tak melebar
May 4, 2010
Pergi Bukan Hilang
Kembali disini
Tak bisa ku lari
Titik rebah dan berdiri
Mengenal erti
Masa berlalu singkat
Seolah kau masih dekat
Kerna kita begitu akrab
Mengenal hidup tanpa penat
Bicaramu luahan jiwa
Mencari erti hakikat nyata
Hati kosong berkata-kata
Ingin lepaskan segala yang ada
Kerna kau telah tahu seruanNya
Kau pergi bukan hilang
Takdir memanggilmu pulang
Sedihku takkan panjang
Biarkan waktu bersenggang
Kini hanya doa penyambung kasih
Andai sayang itu masih
Melepaskanmu adalah perih
Namun
Jalan keredhaan wajib ku pilih
Setiap jejakku berada
Semangatmu akan ku bawa
Menunaikan cita-cita tertunda
Bukan bebanan atau tugasan
Ia ukiran untuk ingatan
Al-Fatihah
Tak bisa ku lari
Titik rebah dan berdiri
Mengenal erti
Masa berlalu singkat
Seolah kau masih dekat
Kerna kita begitu akrab
Mengenal hidup tanpa penat
Bicaramu luahan jiwa
Mencari erti hakikat nyata
Hati kosong berkata-kata
Ingin lepaskan segala yang ada
Kerna kau telah tahu seruanNya
Kau pergi bukan hilang
Takdir memanggilmu pulang
Sedihku takkan panjang
Biarkan waktu bersenggang
Kini hanya doa penyambung kasih
Andai sayang itu masih
Melepaskanmu adalah perih
Namun
Jalan keredhaan wajib ku pilih
Setiap jejakku berada
Semangatmu akan ku bawa
Menunaikan cita-cita tertunda
Bukan bebanan atau tugasan
Ia ukiran untuk ingatan
Al-Fatihah
A part
One part is here
Another is somewhere
Unite by created
On land or in the air
If separated
All will be despair
Solitaire
Your smile are amaze
Shining up my days
Confusing me in daze
Delusional haze
Forever i stand
In my place
Give me chance
I'll prove it
Give me time
I'll wait for it
Give me hope
For me to stand on it
Or let me be ...
And I'll leave my note
That your my only one
Another is somewhere
Unite by created
On land or in the air
If separated
All will be despair
Solitaire
Your smile are amaze
Shining up my days
Confusing me in daze
Delusional haze
Forever i stand
In my place
Give me chance
I'll prove it
Give me time
I'll wait for it
Give me hope
For me to stand on it
Or let me be ...
And I'll leave my note
That your my only one
May 1, 2010
Mawar
Mawar berduri
Usah bermimpi
Kau kan disanjungi
Andai kembangmu tiada seri
Mekarmu tak sejukkan hati
Tiada harum lagi
Jangan tumbuh di pintu kota
Indahmu takkan lama
Dipandang dipegang sekejap cuma
Walau berduri bukan masalahnya
Melatalah mawar di taman naungan
Taman diraja sudut larangan
Pagarnya tak berhalangan
Pintu tetap laluan
Tersirat indah nian
Tatapan nurani dari kejauhan
Awasi manusia bercereka
Hadir meminta - minta
Pujuk rayu berkata
Taburan hamparan semanis gula
Usah bermimpi
Kau kan disanjungi
Andai kembangmu tiada seri
Mekarmu tak sejukkan hati
Tiada harum lagi
Jangan tumbuh di pintu kota
Indahmu takkan lama
Dipandang dipegang sekejap cuma
Walau berduri bukan masalahnya
Melatalah mawar di taman naungan
Taman diraja sudut larangan
Pagarnya tak berhalangan
Pintu tetap laluan
Tersirat indah nian
Tatapan nurani dari kejauhan
Awasi manusia bercereka
Hadir meminta - minta
Pujuk rayu berkata
Taburan hamparan semanis gula
Apr 19, 2010
Aku Kau dan Semua
Segaris mata memandang
Biarkan
Selayar hati berkata
Pedulikan
Usah bangkitkan
Siapa kita untuk menghukum
Berbicara bahasa tuhan
Dosa pahala syurga neraka
Kita adalah sesempurna kejadian
Bukannya sesempurna makhluk
Tepuk dada muhasabah jiwa
Di mana kita
Aku kau dan semua
Biarkan
Selayar hati berkata
Pedulikan
Usah bangkitkan
Siapa kita untuk menghukum
Berbicara bahasa tuhan
Dosa pahala syurga neraka
Kita adalah sesempurna kejadian
Bukannya sesempurna makhluk
Tepuk dada muhasabah jiwa
Di mana kita
Aku kau dan semua
Apr 16, 2010
Hujung
Izinkan
Ku lukis segaris senyuman
Dengan pena bicara
Menari-nari di layar usia
Mencantin ruang-ruang yang ada
Akanku
Lakarkan lukisan masa depan
Dan kita warnai
Biru atau ungu
Merah atau jingga
Seindah pelangi tercipta
Bersama
Tergantung
Potret lukisan itu
Selagi nafas ku hela
Hingga hujung ...
Ku lukis segaris senyuman
Dengan pena bicara
Menari-nari di layar usia
Mencantin ruang-ruang yang ada
Akanku
Lakarkan lukisan masa depan
Dan kita warnai
Biru atau ungu
Merah atau jingga
Seindah pelangi tercipta
Bersama
Tergantung
Potret lukisan itu
Selagi nafas ku hela
Hingga hujung ...
Formula Apa
Ku himpun rindu
Satu persatu
Dihitung jari tak cukup
Dicongak minda pening
Kalkulator tak mampu
Infiniti
Formula apa
Bisa tambah sabar
Tolak gusar
Ganda ikhtiar
Jawapan
Ku tulis pada angin
Hantar pada pemeriksa
Lulus atau tidak
Kuasa di tanganNya
Satu persatu
Dihitung jari tak cukup
Dicongak minda pening
Kalkulator tak mampu
Infiniti
Formula apa
Bisa tambah sabar
Tolak gusar
Ganda ikhtiar
Jawapan
Ku tulis pada angin
Hantar pada pemeriksa
Lulus atau tidak
Kuasa di tanganNya
Pesalah II
Lari
Loloskan diri
Penjara tak lagi terkunci
Penguasa sudah tak peduli
Merdeka kini
Bertebaranlah kalian
Mencari pohon pohon naungan
Andai ada ruang
Tumpang berteduh
Barang semalaman
Terbangun
Dikejutkan mentari
Pohon pohon naungan hilang
Sendirian
Senyum
Dihambat resah
Untuk apa gundah
Biarkan sajalah
Penguasa
Aku kembali
Bukakan pintu besi
Inginku menetap disini
Loloskan diri
Penjara tak lagi terkunci
Penguasa sudah tak peduli
Merdeka kini
Bertebaranlah kalian
Mencari pohon pohon naungan
Andai ada ruang
Tumpang berteduh
Barang semalaman
Terbangun
Dikejutkan mentari
Pohon pohon naungan hilang
Sendirian
Senyum
Dihambat resah
Untuk apa gundah
Biarkan sajalah
Penguasa
Aku kembali
Bukakan pintu besi
Inginku menetap disini
Apr 13, 2010
Pesalah
Merdu
Alunan bertalu talu
Dinding penjaraku
Diketuk pesalah rindu
Merayu rayu
Simpati kasih
Ingin bebas lolos
Kemana agaknya
Kemana mereka mahu berlindung
Tinggal saja disini
Aku bukan kongkong
Andai bebas
Bagaimana nanti
Resah penguasa jiwa
Biarkan pergi
Nasib sudah terpatri
Fitrah difahami
Jika terbuang
Pasti hilang dalam sepi
Kembalilah ke sini
Alunan bertalu talu
Dinding penjaraku
Diketuk pesalah rindu
Merayu rayu
Simpati kasih
Ingin bebas lolos
Kemana agaknya
Kemana mereka mahu berlindung
Tinggal saja disini
Aku bukan kongkong
Andai bebas
Bagaimana nanti
Resah penguasa jiwa
Biarkan pergi
Nasib sudah terpatri
Fitrah difahami
Jika terbuang
Pasti hilang dalam sepi
Kembalilah ke sini
Apr 11, 2010
Denai Usia
Di denai usia
Ku lewati penuh pertanyaan
Mengutip pelita-pelita pengalaman
Yang tertinggal
Yang ditinggalkan
Aku nyalai
Menyuluh jalan
Biarpun malap
Di pondok usang
Aku singgah
Bersama mereka
Bermuhasabah
Bercerita
Bukan tertewas
Ku hela segalanya
Sebati dengan jiwa
Sebati dengan rasa
Langkah diatur kembali
Pergi
Mencari haluan sendiri
Terima kasih pak tua
Semoga takdir menentukan
Dimana kita bertemu
Ku lewati penuh pertanyaan
Mengutip pelita-pelita pengalaman
Yang tertinggal
Yang ditinggalkan
Aku nyalai
Menyuluh jalan
Biarpun malap
Di pondok usang
Aku singgah
Bersama mereka
Bermuhasabah
Bercerita
Bukan tertewas
Ku hela segalanya
Sebati dengan jiwa
Sebati dengan rasa
Langkah diatur kembali
Pergi
Mencari haluan sendiri
Terima kasih pak tua
Semoga takdir menentukan
Dimana kita bertemu
Rindu
Rindu
Rasa dibelenggu
Merantai hati jiwa
Tak keruan
Sasau
Ruang minda karatku kelam
Rindu
Bagaimana rasamu
Ingin kiranya ku tahu
Andai ada terhimpun sesuatu
Bisikanlah
Agar hilang resah
Biarpun dipisah laut china selatan
Kita memandang bulan yang satu
Walaupun berjauhan
Hati ini dekat selalu
Rasa dibelenggu
Merantai hati jiwa
Tak keruan
Sasau
Ruang minda karatku kelam
Rindu
Bagaimana rasamu
Ingin kiranya ku tahu
Andai ada terhimpun sesuatu
Bisikanlah
Agar hilang resah
Biarpun dipisah laut china selatan
Kita memandang bulan yang satu
Walaupun berjauhan
Hati ini dekat selalu
Pudar
Pudar
Rasa itu pudar
Usah kau cuba bundar
Sisa-sisa tertinggal
Tiada lagi gusar
Saat kau pergi
Harapanku luluh
Bukan salahmu
Mungkin aku tak mampu
Takdir tak menyuluh
Dulu tersiksa
Kini lebih seksa
Merasa apa yang ku rasa
Berada di sisinya
Dihiasi gelak tawa
Aku bahagia
Rasa itu pudar
Usah kau cuba bundar
Sisa-sisa tertinggal
Tiada lagi gusar
Saat kau pergi
Harapanku luluh
Bukan salahmu
Mungkin aku tak mampu
Takdir tak menyuluh
Dulu tersiksa
Kini lebih seksa
Merasa apa yang ku rasa
Berada di sisinya
Dihiasi gelak tawa
Aku bahagia
Apr 10, 2010
Perajurit
utusan seribu satu perajurit
mengepung kota-kota sepi
ikrarku hanya satu
ikrarku menaklukimu
kibarkan panji-panji tulus sepanjang jalan
ku titipkan mantera suci penuh pengertian
agar terpesona karena mulus
ledakkan rasa yang tak lagi tandus
sahutkan kata-kata menyerah
semboyankan laungan keagungan rasa
seribu satu obor akan ku nyalakan di segenap kota
menghingarkan suasana yang kelam
iktikadku impianku
berundur ku kerna ku mahu
kyomi ...
mengepung kota-kota sepi
ikrarku hanya satu
ikrarku menaklukimu
kibarkan panji-panji tulus sepanjang jalan
ku titipkan mantera suci penuh pengertian
agar terpesona karena mulus
ledakkan rasa yang tak lagi tandus
sahutkan kata-kata menyerah
semboyankan laungan keagungan rasa
seribu satu obor akan ku nyalakan di segenap kota
menghingarkan suasana yang kelam
iktikadku impianku
berundur ku kerna ku mahu
kyomi ...
Definisiku Hujahku
Definisikan aku tentang harapan
Penghujungnya di mana
Hujahkan aku tentang impian
Setinggi mana bisa tergantung
Jangan dilambung terlalu tinggi
Lepas tangan pecah berderai
Ditadah nanti melukai hati
Beringat ingat ...
Laungkan impian biar bergema
Biar mereka turut merasa
Atau simpan saja di ujung dunia
Menjadi wasiat tanpa empunya
Sia sia ...
Penghujungnya di mana
Hujahkan aku tentang impian
Setinggi mana bisa tergantung
Jangan dilambung terlalu tinggi
Lepas tangan pecah berderai
Ditadah nanti melukai hati
Beringat ingat ...
Laungkan impian biar bergema
Biar mereka turut merasa
Atau simpan saja di ujung dunia
Menjadi wasiat tanpa empunya
Sia sia ...
Erti
Aku
Berdiri
Memandang kanan kiri
Mencari
Sesuatu yang pasti
Tak mengerti
Tak fahami
Mendongak langit
Melihat bumi
Aku
Duduk
Bersila bukan bersimpuh
Tenang tapi utuh
Menarik nafas hembus
Masih memandang
Biarkan
Pengertian bukan sekarang
Maksud pasti datang
Nanti ku bangun lagi
Izinku menikmati rasa ini
Berdiri
Memandang kanan kiri
Mencari
Sesuatu yang pasti
Tak mengerti
Tak fahami
Mendongak langit
Melihat bumi
Aku
Duduk
Bersila bukan bersimpuh
Tenang tapi utuh
Menarik nafas hembus
Masih memandang
Biarkan
Pengertian bukan sekarang
Maksud pasti datang
Nanti ku bangun lagi
Izinku menikmati rasa ini
Jan 28, 2010
Derita Itu
Derita
Akan hadir di denai perjalanan usia
Menjadi teman walaupun takkan setia
Kelibatnya meruntunkan jiwa gundah gulana menangis kadang – kala
Terheret aku ke lembah penuh pertanyaan
Dihujani batuan hukuman dan ujian
Tanpa jisim telus mencipta kesakitan
Biarpun tak terguris calar di badan
Tapi dihati pasti meninggalkan kesan yang mendalam
Tiba – tiba pesanan menyedarkanku
Memberikan erti yang membangkitkan.... tentang derita
Seandainya derita itu hukuman dan balasan anggaplah ia penyucian
Jika ianya ujian rasakanlah itu sebagai kasih sayang
Kasih sayang dari Dia yang memberi naungan
Pelangi takkan wujud tanpa hujan yang lebat
Indahnya cahaya sang mentari takkan dirasai tanpa malam yang gelap
Derita seabad pun akan lesap
Tabir kebahagiaan akan tersingkap
Pabila ketemukan rahsia yang tersirat
Usahlah dikesalkan andainya terlewat
Akan tetapi lebih berat andainya kamu tidak mampu berbuat apa apa
Akan hadir di denai perjalanan usia
Menjadi teman walaupun takkan setia
Kelibatnya meruntunkan jiwa gundah gulana menangis kadang – kala
Terheret aku ke lembah penuh pertanyaan
Dihujani batuan hukuman dan ujian
Tanpa jisim telus mencipta kesakitan
Biarpun tak terguris calar di badan
Tapi dihati pasti meninggalkan kesan yang mendalam
Tiba – tiba pesanan menyedarkanku
Memberikan erti yang membangkitkan.... tentang derita
Seandainya derita itu hukuman dan balasan anggaplah ia penyucian
Jika ianya ujian rasakanlah itu sebagai kasih sayang
Kasih sayang dari Dia yang memberi naungan
Pelangi takkan wujud tanpa hujan yang lebat
Indahnya cahaya sang mentari takkan dirasai tanpa malam yang gelap
Derita seabad pun akan lesap
Tabir kebahagiaan akan tersingkap
Pabila ketemukan rahsia yang tersirat
Usahlah dikesalkan andainya terlewat
Akan tetapi lebih berat andainya kamu tidak mampu berbuat apa apa
Jan 27, 2010
Cinta
Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?
Itu kerana hal terindah di dunia tidak terlihat
Ketika kita menemukan seseorang yang
keunikannya sejalan dengan kita, kita bergabung
dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan
serupa yang dinamakan cinta.
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan,
seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan,
tapi melepaskan bukan akhir dari dunia,
melainkan suatu awal kehidupan baru,
kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,
mereka yang telah dan tengah mencari dan
mereka yang telah mencuba.
kerana merekalah yang bisa menghargai betapa
pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan
mereka.
Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu
menitikkan air mata dan masih peduli terhadapnya,
adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan
kamu masih menunggunya dengan setia.
Adalah ketika di mulai mencintai orang lain dan
kamu masih bisa tersenyum dan berkata
Apabila cinta tidak bertemu bebaskan dirimu,
biarkan hatimu kembali ke alam bebas lagi.
kau mungkin menyedari, bahwa kamu menemukan
cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati
kamu tidak perlu mati bersama cinta itu.
Orang yang bahagia bukanlah mereka yang selalu
mendapatkan keinginannya, melainkan mereka
yang tetap bangkit ketika mereka jatuh, entah
bagaimana dalam perjalanan kehidupan.
kamu belajar lebih banyak tentang dirimu sendiri
dan menyedari bahwa penyesalan tidak
seharusnya ada, cintamu akan tetap di hatinya
sebagai penghargaan abadi atas pilihan pilihan hidup
yang telah kau buat.
p/s: Suatu penghargaan untuk Kahlil Gibran(1883 - 1931).Karyamu sememangnya menjadi cahaya menyinari jalan, memberi harapan untuk kebangkitan.
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?
Itu kerana hal terindah di dunia tidak terlihat
Ketika kita menemukan seseorang yang
keunikannya sejalan dengan kita, kita bergabung
dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan
serupa yang dinamakan cinta.
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan,
seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan,
tapi melepaskan bukan akhir dari dunia,
melainkan suatu awal kehidupan baru,
kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,
mereka yang telah dan tengah mencari dan
mereka yang telah mencuba.
kerana merekalah yang bisa menghargai betapa
pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan
mereka.
Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu
menitikkan air mata dan masih peduli terhadapnya,
adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan
kamu masih menunggunya dengan setia.
Adalah ketika di mulai mencintai orang lain dan
kamu masih bisa tersenyum dan berkata
” aku turut berbahagia untukmu ”
Apabila cinta tidak bertemu bebaskan dirimu,
biarkan hatimu kembali ke alam bebas lagi.
kau mungkin menyedari, bahwa kamu menemukan
cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati
kamu tidak perlu mati bersama cinta itu.
Orang yang bahagia bukanlah mereka yang selalu
mendapatkan keinginannya, melainkan mereka
yang tetap bangkit ketika mereka jatuh, entah
bagaimana dalam perjalanan kehidupan.
kamu belajar lebih banyak tentang dirimu sendiri
dan menyedari bahwa penyesalan tidak
seharusnya ada, cintamu akan tetap di hatinya
sebagai penghargaan abadi atas pilihan pilihan hidup
yang telah kau buat.
p/s: Suatu penghargaan untuk Kahlil Gibran(1883 - 1931).Karyamu sememangnya menjadi cahaya menyinari jalan, memberi harapan untuk kebangkitan.
Subscribe to:
Posts (Atom)