May 22, 2010

Hukuman

Kamu
Tahanan 1549
Disabitkan dengan kesalahan
Mengunjurkan perasaan
Melebihi jangkauan
Terbitkah penyesalan

Yang Arif
Biarlah jiwa meronta
Merindu tanpa kata
Jika lakunya lebih bahagia
Tanpa mengetahui apa-apa
Tentang duka dan hiba

Sang Algojo
Siapkan pentasmu
Persiapkan alatanmu
Seorang insan bakal rebah lagi
Rebah di pintu itu
Seperti mereka terdahulu

Tahanan 1549
Kelihatan tenang
Namun sesekali terbias langkahnya
Hilang gagah beransur parah
Tak bermaya
Lemah kerana pasrah

Algojo datang menghampiri
Membisikkan sesuatu
Usah gentar si lanang
Bukan jasadmu dipenggal
Hanya rindumu ku pancung
Agar hilang dan terbuang
Ku tinggalkan akar buatmu
Biar tumbuh tunas baru
Menghiasi taman layu

No comments: