Jan 20, 2013

Bunuh

Hadir membelah awan gelap
Dengan bilah-bilah kata
Melorongkan cahaya

Kau pembunuh sepiku
Dan lalu kau bunuh aku
Dengan harapan

Setuju

Kau setuju
Untuk tidak perlukan ku
Pada detik kau berlalu

Aku setuju
Untuk tidak merayu
Pada titik aku merindu

Kita setuju
Untuk menjarak waktu
Saat kita sudah seteru

Jan 14, 2013

Jika

Jika ingin hatinya
Curi saja biar rentan
Bukan jenayah besar - besaran
Merindu saban kau seorang

Atau minta saja
Dengan ikhlas
Cagarkan hati
Itupun jika berani

Singgah

Kau diami
Seakan tidak mahu pergi
Sedetik angin
Lantas kau hilang

Rupanya
Hatimu hanya singgah
Sebelum berlepas sejauh eropah