Jul 30, 2010

Sehari

Selamat pagi
Lenakah semalam
Atau dihambat igauan
Bertenang
Bangkitlah dengan senyuman
Mimpi hanya mainan
Usah gusar bukan bukan
Pagi mulai cerah
Mulakan hari indah

Selamat tengahari
Bagaimana lakumu
Rindukan ku ??
Ku jua selalu begitu
Tak pernah terdetik waktu
Melupakan senyumanmu
Mekar penawar kalbu

Selamat malam
Bagaimana harimu
Ku harap kau gembira
Menikmati bahagia
Melebih rasa yang nyata
Tidurlah
Pejamkanlah mata
Esok kan ku ulang semula
Itulah janjiku pada cinta

Selamat tinggal
Ucapan ku buat pengakhiran
Aku pergi bukan hilang
Hanya mendahuluimu
Usah diratap sayu
Ku tak mahu
Kirim saja doa aman
Agar tenang

No comments: