Tahanan 1549
Sila kemukakan rayuan
Atau kamu akan dihumban
Ke penjara sepi tanpa cahaya
Kusam kelam penuh derita
Tahanan 1549
Tiada peguam untuk pembelaan
Bentangkan hujah-hujahmu
Berakar pada kejujuran
Keikhlasan yang dalam
Biarkan mata bertegas
Lembutkan gerak balas
Tenang beralas
Yang Arif
Salahkah merindui dia
Tanpa melaung-laungkan rasa
Hanya bergema dalam dada
Menyelusuri rongga jiwa
Bernoktah tanpa madah pujangga
Yang Arif
Degup jantung ini berbisik
Sayup-sayup gemersik
Berombak di dasar tasik hati
Saat dia melewati pintu duniaku
Walau nadi tak berhenti
Minda kaku
Hey kamu
Yang dibicarakan
Apakah sudah yakin
Dengan niat dan tujuan
Ianya sehaluan
Padah menanti tersalah jangkauan
Pihak Pendakwaraya
Inginkah bersuara
Menarik balik segala tuduhan
Atau teruskan tanpa perasaan
Juri-juri mulakan pertikaman
Mencari penyelesaian
Untuk tahanan 1549
Jauh di sudut kamar
Sang algojo tersenyum
Tawar tak melebar
No comments:
Post a Comment