Dec 29, 2009

Ujian dan Hikmah

Semakin hari semakin terurai ikatan ini meskipun terikat dengan seribu tali. Hari demi hari masa berlalu pergi. Satu persatu terurai sepi. Kasih yang dulu dibina bersama kini hanya tinggal nama. Tugu yang ada kini tinggal kesan tak berpengunjung. Sedih , pilu , merana dan meratap hiba. Segala perasaan bercampur baur menyelinap dalam hati . Semuanya kerana kehadiran insan ketiga merentap segala yang ada. Ujian dan dugaan seperti ini memang perit untuk dilalui.

Sabarlah wahai sahabatku . Aku mengerti perjalananmu . Sejauh mana kau telah melaluinya, berapa halangan yang kau telah lepasi. Apa yang terjadi ini ada terselindung hikmahnya. Hikmah yang tuhan sembunyikan, agar kita merasa naunganNya. Tuhan bertindak dalam cara yang kita sukar untuk mentafsirkan. Menarik kembali yang kita cintai , menemukan sesuatu yang lebih member erti pada kita. Setiap petunjuk indah tak terperi kadang – kala tersembunyi seribu misteri. Bahagia sememangnya tercipta untuk setiap manusia.

Tuhan menguji kita kerana sayangkan kita. Dia tidak pernah berlaku tidak adil pada hamba – hambanya melainkan hamba – hambanya sendiri yang berlaku tidak adil. Hilang pedoman carilah Dia, hati penuh kegelisahan carilah Dia , jiwa yang gundah gulana pohonkanlah ketenangan dariNya. Dia senantiasa bersama kita. Mungkin kita yang kadang – kala terlupa. Namun itu bukan alasan yang patut terus diberikan. Teruslah berada di bawah naungannya kerana hikmay yang menanti sememangnya indah tak terkira andai dihayati.

No comments: