Dec 19, 2009

Harapan

Permulaan ini kita isikan dengan harapan. Kita berharap akan menjadi lebih baik , berharap akan lebih indah ataupun berharap untuk keka bahagia selamanya. Manusia punyai impian tersendiri. Penghubung antara impian dan manusia adalah harapan.

Cinta adalah impian terindah bagi setiap manusia. Mencapai cinta yang abadi dan sejati adalah matlamat utama. Tanyakan pada sesiapa pun jua, pasti jawapannya tetap sama. Mereka ingin dicintai dan menyintai kerana itu adalah fitrah yang telah ditentukan.

Adakala kita tersalah meletak harapan. Harapan yang diletakkan itu terlalu tinggi sehingga kita tak mampu untuk terus menyanjungnya. Akhirnya ia jatuh, dan pastinya berkecai harapan itu. Akibat yang ditanggung pasti begitu pedih. Kesedihan yang dialami semestinya terasa begitu dalam menusuk. Segala kemungkinan yang dulu menjadi igauan kini menjadi kebenaran. Kesedihan yang dialami ini hanya mampu diubati oleh masa sahaja. Hanya masa yang mampu menjadi penawar pilu.

Haruskah kita masih menaruh harapan walaupun telah diketahui apa penghujungnya cerita itu. Setiap dari kita mempunyai pilihan masing - masing untuk memilih jalan hidup yang ingin dijalaninya. Ada yang lebih suka memilih jalan yang biasa dilalui oleh semua orang, ada yang memilih jalanan berduri dan berliku. Tepuk dada tanyalah akal.

Selagi masih ada ruang untuk beralasan selagi itulah harapan itu pasti ada. Walaupun secebis sahaja harapan yang ada, memadai daripada tiada apa lagi yang ada. Memungkinkan sesuatu yang mustahil memerlukan pengorbanan.

No comments: