Dec 29, 2009

Persamaan Atau Perbezaan

Seringkali dalam perhubungan yang dijalani , saling memahami akan menjadi titik tolak pada perhubungan yang abadi. Untuk mencapai tahap saling memahami tersebut, kita akan melalui beberapa halangan dan dugaan.

Persamaan yang saling memahami ataupun perbezaan yang saling melengkapi, yang manakah akan lebih mencapai tahap memahami pasangan yang paling tinggi. Kita dijadikan dengan berbagai ragam, perangai, kehendak dan sebagainya. Secara fizikal akan ada perbezaan antara kita namun dari segi tingkah laku, kita akan dapat mencari persamaan dalam lingkungan yang terdekat. Melalui permerhatian sekitar kita, mereka yang berpasangan cuba untuk mewujudkan persamaan antara satu sama lain. Minat yang sama, warna pakaian yang sama, lagu yang sama dan banyak lagi persamaan yang cuba dizahirkan. Ini akan memudahkan kea rah memahami pasangan masing – masing kerana mempunyai persamaan dari banyak segi. Apabila banyak persamaan ini mungkin akan mempercepatkan proses mendalami hati pasangan tersebut.

Bagaimana pula dengan perbezaan yang saling melengkapi ? Dengan cara apa ia akan berkesan. Pasangan yang mempunyai banyak perbezaan namun mampu menjalinkan hubungan. Pemikiran yang berbeza, gaya yang berbeza, minat yang sangat jauh berbeza dan beberapa contoh lagi yang menunjukkan perbezaan ketara. Dimanakah titik persilangan yang akan mewujudkan persefahamansekiranya kedua – dua insane bercinta ini banyak perbezaannya. Jawapanya adalah pada perbezaan itu sendiri mereka akan saling memahami. Perbezaan itu akan melengkapi diri masing – masing. Yang mana kurang ditambah, yang mana lebih disamakan dan yang mana kurang baik dipertingkatkan. Perbezaan tersebut akan mendorong pasangan tersebut lebih berusaha untuk terus memahami cinta hatinya.

Terlalu memahami pasangan kita akan menyebabkan kita menjadi sambil lewa. Sebagai contoh kita mengetahui yang pasangan kita bukan jenis yang pemarah , kita akan melakukan sesuatu yang sememangnya menguji kesabaran tanpa sengaja. Lupa pada temu janji , tidak prihatin dan sebagainya . Pemahaman yang tinggi belum pasti membuatkan kita prihatin pada pasangan kita. Dalam perspektif banyak perbezaan pula akan membuatkan kita menjadi cepat putus asa kerana tidak sehaluan dan tidak mencapai sesuatu yang sama –sama diingini . Perbezaan ini membuatkan kita terdetik yang kita tidak sesuai baginya.

Usahlah digusarkan seandainya terlalu banyak perbezaan , dan jangan pula merasa selesa sekiranya merasa serasi bersama. Susah senang dalam perhubungan adalah dugaan dan ujian. Pupuklah persefahaman dengan sabarnya, intipati yang penting disini adalah komitmen. Berilah sepenuh komitmen kerana ia akan membuat kita untuk terus berusaha. Masa juga akan turut sama membantu kita dalam usaha tersebut.

“Seandainya manusia berusaha dan tuhan mengizinkan , semua pasti saja berlaku”

No comments: