Ku perasapkan minda yang karat
Moga luntur segala terlekat
Ku nyalakan cahaya hati malap
Semoga ilmu dapat meresap
Menebal didada
Agar nafas tak tersekat
Ambang yuda makin dekat
Di antara barisan bala tentera
Aku bukan sang panglima
Terjunjung arahan dijemala
Jauh sekali pembawa panji naga
Mengibar tanda mara
Akanku
Lontarkan kekuatan sampai hujung
Bukan berlagak bodoh sombong
Atau ingin diri disanjung
Hanya aku mahukan nyatakan
Kehadiranku bukan kosong
Ku hembus kalimah keramat
Agar langkah penuh berkat
Oct 30, 2010
Oct 27, 2010
Masih
Aku masih ingin mengenalimu
Walau kau diam membisu
Tanpa sebab ku tahu
Aku keliru
Aku masih ingin mengenalimu
Salahkah niatku
Resahkah dihatimu
Ucapkan sesuatu
Luluhkan hijab itu
Aku masih ingin mengenalimu
Biarpun dari jauh tetap ku mahu
Tidak terlepas walaupun satu
Kerna ku mahu kau tahu
Walau kau diam membisu
Tanpa sebab ku tahu
Aku keliru
Aku masih ingin mengenalimu
Salahkah niatku
Resahkah dihatimu
Ucapkan sesuatu
Luluhkan hijab itu
Aku masih ingin mengenalimu
Biarpun dari jauh tetap ku mahu
Tidak terlepas walaupun satu
Kerna ku mahu kau tahu
Antara Kau dan Aku
Antara kau dan aku
Di situ ada Dia
Di dalam Dia
Ada kita ada segala
Antara kau dan aku
Dialah penyambungnya
Pemilik hak cinta
Tanpa Dia siapalah kita
Tanpa kita Dia tetap Dia
Antara kau dan aku
Telah lama ku iktikadkan
Keredhaan padaNya
Sebelum kenangan berjalan
Kerna bila segala terhenti
Ku kan sedari
Kau tak termiliki ...
Dengan restu dan rahmatNya
Mogakan bersua ...
Lagi ...
Di situ ada Dia
Di dalam Dia
Ada kita ada segala
Antara kau dan aku
Dialah penyambungnya
Pemilik hak cinta
Tanpa Dia siapalah kita
Tanpa kita Dia tetap Dia
Antara kau dan aku
Telah lama ku iktikadkan
Keredhaan padaNya
Sebelum kenangan berjalan
Kerna bila segala terhenti
Ku kan sedari
Kau tak termiliki ...
Dengan restu dan rahmatNya
Mogakan bersua ...
Lagi ...
Subscribe to:
Posts (Atom)